Friday, July 3, 2009

Wahai kawan-kawan! Baca dan renungkanlah e-mel yang saya dapat daripada seorang rakan. Moga-moga kita sama-sama dapat mengamalkannya. Selamat beramal.............

10 Wasiat Imam
Syafie SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan. Sampaikan kepada semua mereka yang kita kenali agar ilmu ini tersebar dan kita dapat bersama-sama mengamalkannya.

" Ya Allah... berilah petunjuk kepada kami agar kami sentiasa berada lurus di jalan Mu...Amin.."

. -- "WAHAI JIWA-JIWA YANG TENANG JANGAN SEKALI-KALI KAMU MENCUBA JADI TUHAN DENGAN MENGADILI DAN MENGHAKIMI.BAHWASAN YA KAMU MEMANG TAK PUNYA DAYA DAN UPAYA,SERTA KEKUATAN UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN YANG SEJATI.BUKANKAH KITA MEMANG TERCIPTA LAKI-LAKI DAN WANITA,SERTA SUKU-SUKU DAN BANGSA-BANGSA YANG PASTI BERBEZA.BUKANKAH KITA MEMANG HARUS SALING MENGENAL DAN MENGHORMATI, BUKAN UNTUK SALING BERCERAI-BERAI DAN BERPERANG ANGKAT SENJATA!"

"Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu berita,maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya ) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Saturday, February 23, 2008

Kisah RM20

Kawan-kawan, cuba renungkan sebuah kisah yang telah dihantar oleh seorang rakan saya ini dan renung-renungkanlah.........................................................

Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?Ayah: Hmmm....nak tanya apa?Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sebuk-sebuk nak tanya? Si ayah mula menengking.Anak: Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?Si anak mula merayu pada ayahnya.Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu?Jerkah ayahnya lagi. Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!"Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini.Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya. Didapati anaknya masih belum tidur."Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah.Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang."Terima kasih banyak ayah!"Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang."Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??"Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari tu. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa??" Jerkah ayahnya lagi."Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.."Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya... Dengan perasaan yang cukup terharu dan bersalah, si ayah terus memeluk dan mencium anaknya itu ....The moral of this story... Kongsilah cite ni ngan sesape je yg anda suka tapi..yang penting skali, sharelah masa sebanyak 20 ringgit itu bersama2 dgn insan yang anda sayangi. Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang bekerja keras sepanjang hidupnya..yang bakal kerja sok lusa... atau sesiapa saja yang selalu sibuk...Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama2 dengan mereka2 yang begitu rapat dengan kita..yang sentiasa berada di hati kita..Bayangkan...kalau kita mati.. nanti majikan kita akan senang2 cari orang lain..gantikan kita. Tapi..keluarga, rakan2 yang kita tinggalkan kat dunia ni pasti akan berasa suatu kehilangan sepanjang hidup mereka... Fikirlah...selama ni.. apa yang kita dah buat untuk keluarga kita?.. untuk insan yang kita sayang??

Thursday, February 21, 2008

Hai kawan-kawan,
Dah lama ek kita semua tak jumpa....... Tentu banyak cerita kan............. Bila la agaknya kita semua nak berjumpa dan berkumpul........ Sesekali jumpa tentu bestkan......... Dapat bayangkan betapa riuh-rendahnya kita kalau dapat berkumpul beramai-ramai........... Dah tentu banayak benda yang nak diberitakan.....

Wednesday, October 10, 2007

Wanita

Wanita,
Dijadikan dari tulang rusuk lelaki,
Bukan dari kepala untuk menjadi atasan,
Bukan dari kaki untuk menjadi alasnya dan disakiti,
Tapi dekat dengan tangan untuk dilindungi,
Dekat dengan hati untuk disayangi dan dikasihi,
Jika berkasar ia akan patah,
Dibiarkan sahaja iakan terus membengkok,
Belai dan urutlah dengan lembut,
Agar ia lurus dengan sempurna,
Didiklah wanita dengan keimanan,
Moga ia menjadi teman penyejuk dan pendamai jiwa,
Walau apa pun situasi dirimu,
Tegurlah ia dengan berhemah,
Agar ia tetap menjadi teman yang setia,
Pendampingmu tika suka dan duka,

Jangan dengan harta,
Agar ia tidak mengharapkan pada yang binasa,
Dunia akhirat dia kan jadi milikmu.

Sunday, September 30, 2007

Salam perkenalan

Sedar atau tidak,kita sudah 18 hari menjalani ramdhan.Bermakna 12 hari kita akan menamyambut lambaian syawal.Bahang Aidilfitri kini mula dirasakan.
Tahun ini June seperti biasa menyambut syawal bersama keluarga.Kemeriahan silam kembali menjema.Sambutan raya tahun ni biase je pd Jun.3 pasang baju raya yang sempat Jun tempah tahun ini.Kebetulan Jun sibuk dengan Kursus KDK TMK yg akan tamat pada 11 OKT 2007.
sesiapa yg sudi jemputla datang ke rmah Jun untk merasa keenakan lemang Pulai ,dan ketupat baling
selamat hari raya.maaf zahir batin
bye,bye.tata